Tarikh : 27 November 2025
Masa : 3.30 – 4.30pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Program ini dirangka bagi meningkatkan keyakinan, kefahaman konsep dan keupayaan pelajar menjawab soalan melalui pendekatan bimbingan langsung, penerangan jelas serta latihan yang berfokus.
Aktiviti
Bagi murid Tingkatan 1 hingga 3, sesi tumpuan diberikan kepada latihan berdasarkan format soalan UASA bagi membantu mereka memahami struktur soalan, jenis item serta teknik menjawab dengan lebih berkesan. Untuk Tingkatan 4, peserta didedahkan dengan latihan berasaskan set kertas percubaan SPM 2025 yang merangkumi aplikasi konsep, kemahiran analisis serta penyelesaian masalah mengikut standard peperiksaan sebenar.