Tarikh : 11 September 2025
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektif utama kelas ini adalah memberi bimbingan khusus kepada pelajar menengah rendah dan menengah atas dalam membuat persediaan menghadapi peperiksaan.
Aktiviti
Bagi pelajar Tingkatan 1–3, sesi memberi tumpuan kepada ulang kaji UASA – Bahagian B, manakala pelajar Tingkatan 4 pula didedahkan dengan format sebenar SPM Kertas 2 – Bahagian A. Melalui perkongsian ini, para peserta mendapat peluang memahami teknik menjawab soalan dengan lebih berkesan, mengukuhkan kefahaman konsep Sains serta meningkatkan keyakinan diri sebelum peperiksaan.