Tarikh : 14 Mei 2026
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektifnya adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap konsep Sains melalui pembelajaran yang interaktif dan selaras dengan silibus semasa.
Aktiviti
Program ini telah berlangsung bagi memberi tumpuan kepada pelajar Form 1 dengan topik Bab 5: Jirim, Form 2 dengan topik Bab 7: Keelektrikan dan Kemagnetan serta Bab 8: Daya dan Gerakan, Form 3 dengan topik Bab 5: Termokimia, dan Form 5 dengan topik Bab 7: Cahaya dan Optik serta Bab 8: Daya dan Tekanan. Pengisian program merangkumi penerangan konsep, perbincangan aplikasi sains dalam kehidupan harian, serta latihan pengukuhan bagi membantu pelajar memahami topik dengan lebih jelas dan berkesan. Melalui sesi ini, peserta berpeluang menambah pengetahuan, mengukuhkan kemahiran penyelesaian masalah, serta meningkatkan keyakinan dalam menghadapi pembelajaran dan peperiksaan Sains secara lebih teratur dan efektif.