Tarikh : 10 November 2025
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Program ini dijalankan bagi membantu pelajar Tingkatan 1 hingga 4 membuat persediaan akhir menjelang peperiksaan dengan memberi tumpuan kepada pemahaman topik penting dan latihan berstruktur.
Aktiviti
Sesi pembelajaran turut menekankan penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) serta kefahaman kronologi peristiwa sejarah bagi memantapkan penguasaan isi dan fakta. Melalui bimbingan dan perkongsian berfokus daripada tenaga pengajar, pelajar dapat mengenal pasti teknik menjawab soalan dengan lebih berkesan.