mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Nuture : (DiLea) Program Open Live Class Sejarah | Januari 2026

Tarikh   : 26 Januari 2026

Masa    : 2.30 – 3.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Objektifnya adalah untuk membantu pelajar memahami topik Sejarah dengan lebih jelas, tersusun dan bermakna melalui pendekatan pembelajaran secara langsung dan interaktif.

Aktiviti

Program ini telah dilaksanakan dengan pengisian berfokus kepada topik Kerajaan Alam Melayu bagi pelajar Tingkatan 2 serta Warisan Negara Bangsa bagi pelajar Tingkatan 4. Sepanjang sesi, pelajar dibimbing melalui penerangan konsep dan fakta penting, perbincangan peristiwa sejarah serta contoh yang dikaitkan dengan konteks semasa bagi membantu pengukuhan kefahaman. Melalui program ini, pelajar dapat meningkatkan penguasaan topik, membina keyakinan dalam menjawab soalan Sejarah, serta menghargai kepentingan sejarah dalam pembentukan identiti negara.

Gambar di sini