Tarikh : 11 Mei 2026
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektifnya adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap topik Sejarah melalui pembelajaran yang tersusun dan selaras dengan silibus semasa.
Aktiviti
Program ini memberi tumpuan kepada pelajar Form 1 dengan topik Bab 4 : Mengenali Tamadun, Form 2 dengan topik Bab 6 : Kesultanan Johor Riau serta Bab 7 : Kesultanan Melayu Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor, Form 3 dengan topik Bab 5 : Pentadbiran Barat di Sarawak dan Sabah, serta Form 5 dengan topik Bab 6 : Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia dan Bab 7 : Membina Kesejahteraan Negara. Pengisian program merangkumi penerangan fakta penting, perbincangan peristiwa sejarah, serta teknik memahami dan menjawab soalan dengan lebih berkesan. Melalui sesi ini, peserta berpeluang menambah pengetahuan, mengukuhkan pemahaman sejarah negara, serta meningkatkan keyakinan dalam menghadapi pembelajaran dan peperiksaan secara lebih tersusun dan berkesan.