mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Nuture : (DiLea) Program Open Tuition English (Form 3-4 | Ogos)

Tarikh   : 19 Ogos 2025

Masa    : 3.30 – 4.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Diteruskan dengan sesi ulangkaji UASA Bahagian 2 untuk Tingkatan 3, yang memberi tumpuan kepada kemahiran menyelesaikan soalan struktur dan esei secara lebih terperinci. Objektif utama sesi ini adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap teknik menjawab soalan yang memerlukan huraian, aplikasi konsep dan pemikiran kritis. Open Tuition English Tingkatan 4 | Ogos diteruskan dengan Topik 2: Verb To Be, yang bertujuan untuk mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap penggunaan asas kata kerja bantu seperti is, am, are, was dan were dalam ayat. Objektif utama sesi ini adalah untuk membantu pelajar membina struktur ayat yang betul dan gramatis, sekaligus meningkatkan keyakinan mereka dalam penulisan dan pertuturan Bahasa Inggeris.

Aktiviti

Sepanjang program, pelajar mendapat pencerahan melalui perbincangan soalan sebenar dan tips menjawab secara berkesan, sekali gus mempersiapkan mereka untuk menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin. Sepanjang sesi Tingkatan 4, pelajar diberi penerangan yang jelas serta latihan interaktif yang memudahkan penguasaan topik ini. Tahniah kepada semua peserta yang terus komited dan semoga ilmu yang dipelajari hari ini menjadi asas yang kukuh dalam penguasaan Bahasa Inggeris untuk pembelajaran yang lebih berkesan.

Gambar di sini