mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Nuture : (DiLea) Program Open Tuition Sains (Form 1-4 | Oktober)

Tarikh   : 30 Oktober 2025

Masa    : 3.30 – 4.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan kefahaman dan penguasaan dalam subjek Sains bagi persediaan menghadapi peperiksaan akhir tahun serta SPM. Program ini turut bertujuan memperkukuh asas pengetahuan pelajar melalui pendekatan pembelajaran berfokus yang menekankan kemahiran menjawab soalan serta pemahaman konsep utama.

Aktiviti

Bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 3, sesi pembelajaran memberi tumpuan kepada ulangkaji UASA Bahagian A, dengan penekanan terhadap teknik menjawab dan pengukuhan konsep asas sains. Manakala bagi pelajar Tingkatan 4, tumpuan diberikan kepada SPM Format Kertas 2 Bahagian C, meliputi strategi menjawab soalan berstruktur dan penerapan konsep saintifik dalam situasi sebenar. Pendekatan interaktif yang digunakan telah membantu pelajar memahami topik dengan lebih jelas dan yakin.

Gambar di sini