Tarikh : 14 Ogos 2025
Masa : 3.30 – 4.30pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektif program ini adalah untuk membantu pelajar mengenal pasti format soalan, memahami kehendak soalan serta mengasah kemahiran menjawab secara berstrategi.
Aktiviti
Telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian dengan fokus utama kepada ulangkaji persediaan UASA melalui pendekatan menjawab soalan-soalan latihan yang terpilih. Sepanjang sesi, pelajar diberi peluang mencuba soalan secara langsung, mendapatkan maklum balas serta tips menjawab daripada tenaga pengajar yang berpengalaman. Program ini memberi kelebihan besar kepada peserta, termasuk peningkatan keyakinan dalam menghadapi peperiksaan, penekanan kepada teknik menjawab yang berkesan serta pengulangan konsep penting dalam silibus. Terima kasih kepada pelajar yang hadir.