Tarikh : 27 Oktober 2025
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Program ini juga bertujuan memberi panduan kepada pelajar dalam memahami bentuk soalan dan teknik menjawab dengan betul mengikut format terkini.
Aktiviti
Bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 3, sesi tumpuan diberikan kepada ulangkaji UASA Bahagian A yang melibatkan soalan berstruktur asas dan kefahaman isi kandungan. Manakala pelajar Tingkatan 4 pula diberi pendedahan terhadap format SPM Kertas 1, termasuk strategi menjawab dan contoh soalan berasaskan topik penting. Program ini telah memberi manfaat besar kepada peserta dengan pengajaran yang interaktif dan berfokus, sekali gus membantu meningkatkan keyakinan serta penguasaan pelajar dalam subjek Sejarah.