Tarikh : 11 Ogos 2025
Masa : 3.30 – 4.30pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Sesi ini memberi tumpuan khusus kepada Bab 6: Ancaman Komunis dan Pengisytiharan Darurat, dengan objektif untuk memperdalam pemahaman pelajar terhadap latar belakang, perkembangan dan kesan ancaman komunis di Tanah Melayu.
Aktiviti
Sepanjang sesi, pelajar berpeluang mengkaji dan membincangkan 51 soalan objektif (MCQ) yang merangkumi pelbagai aspek penting dalam topik ini. Melalui perbincangan soalan secara terperinci, peserta dapat mengenal pasti bentuk soalan yang sering ditanya, memahami konsep secara lebih jelas, dan meningkatkan ketepatan semasa menjawab. Tahniah kepada pelajar yang telah menyertai dan menunjukkan komitmen tinggi sepanjang sesi berlangsung.