mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Nuture – e-Kelas Usahawan : Strategi Mengurus dan Mengukur Keberhasilan Pemasaran Digital

Tarikh   : 20 November 2025

Masa    : 2.00 – 3.00 petang

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Objektif utama sesi eKelas ini adalah untuk memperkasa para usahawan dengan kemahiran mengurus kempen pemasaran digital secara lebih tersusun, menjimatkan kos, dan berkesan.

Aktiviti

Sepanjang sesi, peserta telah didedahkan kepada teknik memantau prestasi pemasaran, penggunaan alat automasi bagi menjimatkan masa, serta strategi menjana hasil maksimum dengan perbelanjaan minimum. Pendekatan ini amat relevan bagi usahawan masa kini yang ingin kekal kompetitif dan responsif terhadap perubahan pasaran digital. Terima kasih kepada semua peserta yang telah mengikuti sesi ini dengan komitmen yang tinggi! Semoga ilmu yang dikongsikan menjadi pencetus kepada transformasi pemasaran yang lebih strategik dan efisien dalam perniagaan anda.

Gambar di sini