Tarikh : 18 September 2025
Masa : 10.00 – 11.00 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif utama penganjuran sesi ini adalah untuk membantu peserta memahami strategi pemasaran dalam talian yang relevan serta memanfaatkan platform digital bagi memperluas capaian pasaran mereka.
Aktiviti
Sepanjang sesi webinar, para peserta telah didedahkan kepada pelbagai teknik penting seperti penjenamaan dalam talian, penggunaan media sosial secara strategik, serta pengenalan kepada platform e-dagang. Ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi pengetahuan, malah membuka peluang kepada usahawan untuk menilai semula pendekatan perniagaan mereka dalam era digital yang kian mencabar.
Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah menjayakan sesi ini. Diharapkan segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam mengembangkan perniagaan masing-masing ke tahap yang lebih tinggi.