mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Nuture – e-Kelas Usahawan : Webinar Strategi Pemasaran Digital

Tarikh   : 04 November 2025

Masa    : 10.00 – 11.00 am

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Sesi ini dirangka untuk memberi panduan praktikal dalam merancang dan melaksanakan strategi pemasaran digital secara berkesan, khususnya dalam era perniagaan berasaskan dalam talian yang semakin kompetitif.

Aktiviti

Peserta telah didedahkan kepada alat dan tips terkini dalam penggunaan media sosial, serta kaedah mengenal pasti dan menarik pelanggan sasaran secara strategik. Perkongsian ini bukan sahaja bersifat teori, malah disertakan dengan contoh dan teknik yang boleh terus diaplikasikan dalam perniagaan masing-masing. Syabas kepada peserta yang komited dan hadir ke kelas ini, semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk mengembangkan perniagaan dengan lebih mantap dan berdaya saing

Gambar di sini