Tarikh : 24 Januari 2026
Masa : 2.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektifnya adalah untuk membantu pelajar meningkatkan kefahaman dan prestasi dalam komponen Reading Bahasa Inggeris melalui teknik dan strategi yang praktikal serta mudah diaplikasikan.
Aktiviti
Program ini telah berlangsung dengan pengisian berfokus kepada topik “Score Reading Without Perfect English”, disampaikan melalui sesi pembelajaran yang santai tetapi padat dengan teknik memahami kehendak soalan, strategi mencari jawapan dengan cepat, contoh soalan peperiksaan, serta perkongsian tip penting untuk membantu pelajar meningkatkan markah walaupun tanpa penguasaan Bahasa Inggeris yang sempurna. Melalui webinar ini, pelajar memperoleh keyakinan baharu dalam menjawab soalan Reading dan lebih bersedia menghadapi peperiksaan dengan pendekatan yang lebih berkesan dan terarah.