Tarikh : 09 Mei 2026
Masa : 2.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektifnya adalah untuk membantu pelajar meningkatkan persediaan dan keyakinan dalam menghadapi peperiksaan Bahasa Inggeris melalui teknik pembelajaran dan strategi menjawab yang lebih berkesan.
Aktiviti
Program ini memfokuskan kepada topik Tips Cemerlang Peperiksaan telah dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada teknik menjawab soalan dengan betul, strategi pengurusan masa, kaedah ulang kaji yang efektif, serta panduan meningkatkan keyakinan semasa peperiksaan. Pengisian program turut membantu pelajar memahami pendekatan yang lebih mudah, jelas dan tersusun dalam menghadapi peperiksaan Bahasa Inggeris. Melalui sesi ini, peserta berpeluang menambah pengetahuan, mengukuhkan kemahiran menjawab soalan, serta meningkatkan keyakinan untuk mencapai prestasi akademik yang lebih cemerlang.