Tarikh : 19 April 2025
Masa : 2.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Telah dianjurkan khusus bagi membantu pelajar meningkatkan penguasaan dalam aspek soalan, speaking dan writing vocabulary, dua komponen penting dalam peperiksaan Bahasa Inggeris.
Aktiviti
Webinar ini telah dikendalikan oleh Teacher Kiran, seorang Guru Cemerlang Bahasa Inggeris yang berpengalaman luas dalam membimbing pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik.
Sepanjang sesi ini, peserta didedahkan kepada pelbagai strategi menjawab soalan speaking dengan lebih yakin dan berstruktur, serta diperkenalkan kepada teknik memperkaya perbendaharaan kata untuk meningkatkan mutu penulisan. Pendekatan interaktif dan mesra pelajar yang digunakan oleh Teacher Kiran turut membantu peserta memahami penggunaan frasa dan kosa kata yang lebih tepat dan menarik dalam penulisan dan komunikasi lisan.
Webinar ini bukan sahaja menekankan aspek teknikal peperiksaan, malah memberi motivasi kepada pelajar untuk terus memperbaiki kemahiran bahasa mereka dalam konteks akademik dan kehidupan harian. Diharapkan program seperti ini dapat terus menyokong pelajar dalam mencapai tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang lebih mantap.