Tarikh : 17 September 2025
Masa : 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektif utama program ini adalah untuk memberi kefahaman mendalam mengenai asas tatabahasa yang sering menjadi cabaran kepada pelajar, serta membantu mereka menguasai bahasa Melayu dengan lebih tepat dan berkesan.
Aktiviti
Melalui sesi ini, pelajar berpeluang mengikuti penerangan yang santai namun padat dengan isi penting, disertakan tips dan trik praktikal agar lebih mudah memahami tatabahasa. Kelebihan ini bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan, malah turut memperkukuh keupayaan mereka dalam penulisan dan komunikasi harian.