Tarikh : 21 Jun 2025
Masa : 2.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Webinar ini bertujuan untuk membantu peserta menguasai topik-topik penting Matematik melalui pendekatan pengajaran yang lebih sistematik dan mesra pelajar.
Aktiviti
Dalam edisi kedua ini, fokus diberikan kepada strategi penyelesaian soalan yang sering mengelirukan, teknik menjawab dengan lebih cepat, serta penekanan terhadap pemahaman konsep berbanding hafalan semata-mata.
Kelebihan utama program ini ialah pendekatan interaktif bersama guru pakar, nota pembelajaran yang mudah difahami, serta peluang untuk bertanya soalan secara langsung. Pelaksanaan secara atas talian juga membolehkan peserta dari pelbagai lokasi untuk turut serta tanpa halangan.