Tarikh : 10 Januari 2026
Masa : 2.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektifnya adalah untuk membantu pelajar menguasai subjek Sains dengan lebih jelas, berkesan dan berkeyakinan melalui pendekatan pembelajaran yang tersusun dan mudah difahami.
Aktiviti
Program ini telah berlangsung dengan memberi tumpuan kepada topik Daya dan Gerakan, disampaikan melalui sesi pembelajaran yang santai tetapi padat dengan penerangan langkah demi langkah, contoh situasi sebenar, latihan ringkas serta perkongsian teknik menjawab soalan peperiksaan. Melalui pengisian ini, pelajar dapat memperkukuh kefahaman konsep Sains, mengaitkan teori dengan aplikasi harian, serta meningkatkan keyakinan dalam membuat persediaan menghadapi peperiksaan.