Tarikh : 08 November 2025
Masa : 2.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Diadakan dengan tujuan membantu pelajar Tingkatan 4 dan 5, khususnya calon SPM, menguasai teknik menjawab soalan Sejarah dengan lebih berkesan. Objektif utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan jelas mengenai strategi menjawab soalan KBAT, soalan struktur dan esei, sekali gus memantapkan persediaan pelajar untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan sebenar.
Aktiviti
Sepanjang sesi webinar, peserta mengikuti penerangan yang padat tetapi disampaikan secara santai bagi memastikan setiap pelajar lebih mudah memahami teknik dan kaedah menjawab. Pengisian turut merangkumi perkongsian tips mengurus masa, cara mengenal pasti kehendak soalan serta langkah-langkah menyusun jawapan dengan tepat dan tersusun. Melalui sesi ini, peserta mendapat kelebihan dari segi keyakinan, kemahiran analisis serta pemahaman yang lebih kukuh terhadap format dan gaya soalan Sejarah SPM.