Tarikh : 06 Disember 2025
Masa : 2.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Telah berjaya dilaksanakan dengan objektif menyuntik semangat, meningkatkan motivasi diri serta membina keyakinan pelajar dalam menghadapi cabaran pembelajaran dan kehidupan seharian. Webinar ini dirangka bagi membantu pelajar mengenal potensi diri, menetapkan matlamat yang jelas serta membentuk sikap positif terhadap proses pembelajaran.
Aktiviti
Sesi kali ini memberi fokus kepada tiga aspek penting, iaitu membina sikap baharu yang positif, teknik “Fresh Start” dalam pembelajaran, serta tips kekal bermotivasi agar pelajar dapat mengekalkan momentum dan disiplin dalam mencapai matlamat akademik mereka. Melalui perkongsian yang interaktif, peserta dapat memahami kepentingan menetapkan minda yang betul, memulakan langkah baharu tanpa beban masa lalu, serta mempraktikkan strategi mudah untuk kekal bersemangat setiap hari.