mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Nuture (Program Khas Dilea) – Webinar Sejarah Edisi 1

Tarikh   : 12 April 2025

Masa    : 2.30 – 4.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Program ini bertujuan untuk mengukuhkan kembali pemahaman pelajar terhadap nilai-nilai perjuangan bangsa serta peranan nasionalisme dalam pembentukan negara bangsa.

Aktiviti

Program Khas DILEA – Webinar Berkala Sejarah telah berjaya dianjurkan sebagai langkah awal dalam siri webinar sejarah yang dirancang secara berkala. Dalam sesi pertama ini, para pelajar diberi pendedahan semula berkaitan semangat nasionalisme, iaitu topik penting yang pernah dipelajari semasa di Tingkatan 2. Webinar ini juga menjadi platform untuk menggalakkan pelajar menghargai sejarah negara secara lebih mendalam dan kritis. Diharapkan siri webinar ini akan terus menyemarakkan minat pelajar terhadap subjek sejarah dan menjadikannya lebih relevan dalam konteks masa kini.

Gambar di sini