mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Nuture (Program Khas Dilea) – Webinar Berkala Bahasa Inggeris Edisi 1

Tarikh   : 15 Mac 2025

Masa    : 2.00 – 4.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Webinar ini bertujuan meningkatkan keyakinan pelajar dalam menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.

Aktiviti

Webinar Berkala Bahasa Inggeris Sesi 1 ini merupakan inisiatif untuk membantu pelajar meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris secara lebih sistematik dan berkesan. Program ini memberi fokus kepada aspek penting seperti tatabahasa, perbendaharaan kata, sebutan yang betul, serta teknik komunikasi yang berkesan.

Melalui sesi interaktif, peserta berpeluang mempraktikkan kemahiran bahasa mereka melalui latihan lisan dan bertulis. Diharapkan dengan adanya program ini, peserta dapat mengukuhkan kemahiran mereka dan mencapai tahap penguasaan yang lebih baik dalam bahasa Inggeris.