NADI X Program AI – AI Bina Kerjaya
Tarikh : 30 Jun 2026
Masa : 10.00 am – 1.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam membantu pembangunan kerjaya dan meningkatkan kebolehpasaran diri dalam dunia pekerjaan masa kini. Program ini telah dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada cara membina portfolio yang menarik menggunakan AI, teknik menghasilkan resume yang mantap dan profesional, serta strategi mencari peluang pekerjaan dengan bantuan teknologi AI.
Aktiviti
Pengisian program turut membantu peserta memahami bagaimana AI boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti dokumen kerjaya, mempercepatkan pencarian pekerjaan, dan mempersiapkan diri menghadapi keperluan industri digital masa kini. Melalui sesi ini, peserta berpeluang menambah pengetahuan dan kemahiran digital, meningkatkan keyakinan diri dalam persediaan kerjaya, serta memanfaatkan AI secara bijak untuk membina masa depan pekerjaan yang lebih kompetitif dan berdaya saing.