mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x Safe and Shield 3 (2025) : Mari Elak Cyber Grooming – Prof. Ts Dr Ariffin Abdul Mutalib

Tarikh   : 15 Mac 2025

Masa    : 11.00 am – 12.00 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Webinar Safe & Shield 3 (2025) memberi tumpuan kepada isu cyber grooming, satu ancaman siber yang semakin membimbangkan di kalangan pelajar. Sesi ini dikendalikan oleh Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib dan bertujuan untuk memberi kesedaran serta pendedahan tentang bahaya cyber grooming, bagaimana ia berlaku, serta langkah-langkah untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa di alam siber.

Aktiviti

Peserta akan didedahkan kepada taktik yang sering digunakan oleh penjenayah siber, tanda-tanda awal cyber grooming, serta cara melaporkan sebarang ancaman yang mencurigakan. Melalui webinar ini, diharapkan pelajar lebih peka terhadap keselamatan mereka di internet dan dapat mengamalkan tabiat digital yang lebih selamat.