mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Tiny Techies – Bengkel HTML , PYTHON & SQL (Program Mentor Tiny Techies)

Tarikh   : 15 Mac 2025

Masa    : 2.30 – 4.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

NADI X Tiny Techies – Bengkel HTML, Python & SQL (Program Mentor Tiny Techies) bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada peserta mengenai asas pengaturcaraan dan pengurusan pangkalan data. Melalui bengkel ini, peserta akan memahami konsep asas HTML bagi pembangunan laman web, Python untuk pemprograman asas, dan SQL bagi pengurusan data. Program ini membantu meningkatkan kemahiran digital dalam kalangan peserta, sekali gus melahirkan generasi celik teknologi yang mampu bersaing dalam dunia digital.

Selain itu, bengkel ini menggalakkan pemikiran logik dan kreatif, membantu peserta membangunkan kemahiran menyelesaikan masalah melalui pengaturcaraan. Dengan bimbingan tenaga pengajar, peserta juga didorong untuk menjadi mentor muda dalam teknologi, berkongsi ilmu dengan rakan sebaya serta menyumbang kepada komuniti teknologi di masa hadapan.

Aktiviti

Bengkel ini memberi peluang kepada pelajar sekolah menengah untuk mempelajari kemahiran asas HTML, Python dan SQL serta mengaplikasikannya dalam projek inovasi. Peserta diberi cabaran untuk menyelesaikan masalah atau mencipta sesuatu yang baharu menggunakan kemahiran pengaturcaraan dan reka bentuk FS4A bagi menghasilkan prototaip atau produk berdasarkan tema yang ditetapkan.

Program ini turut disokong oleh kelas mentoring Tiny Techies yang dikendalikan oleh Dr Zulfakri Bin Mohamad, di mana peserta mendapat pendedahan kepada strategi dan pengalaman sebenar dalam dunia pertandingan robotik. Selain aspek teknikal, bengkel ini juga menekankan motivasi, sokongan dan kolaborasi berpasukan bagi membina kemahiran insaniah dan semangat kerjasama dalam kalangan peserta. Diharapkan program ini dapat membangkitkan minat peserta dalam dunia teknologi serta memberi mereka asas yang kukuh untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang pengaturcaraan dan data.