mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Tiny Techies – Bengkel HTML , PYTHON & SQL (Program Mentor Tiny Techies – Sesi 2)

Tarikh   : 19 April 2025

Masa    : 2.30 – 4.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Program ini diadakan dengan tujuan untuk mendedahkan peserta yang terlibat dengan asas pengaturcaraan menggunakan HTML, Python dan SQL, serta komponen fizikal yang melibatkan buzzer, button dan simulasi penggunaan pada board

Aktiviti

Merupakan inisiatif berterusan di bawah Program Mentor Tiny Techies yang bertujuan memperkasakan pelajar sekolah menengah dalam bidang pengaturcaraan dan asas kejuruteraan komputer. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Dr Zulfakri, Pensyarah Kanan Pengajian Kejuruteraan Elektrik dari Kolej Pengajian Kejuruteraan, yang memainkan peranan sebagai mentor teknikal dalam sesi kali ini.

Dalam sesi ini, dua orang pelajar sekolah menengah terpilih mewakili NADI untuk menyertai bengkel intensif ini. Mereka didedahkan kepada asas pengaturcaraan menggunakan HTML, Python dan SQL, serta komponen fizikal yang melibatkan buzzer, button dan simulasi penggunaan pada board. Aktiviti hands-on ini membantu pelajar memahami bagaimana kod yang ditulis dapat berinteraksi dengan perkakasan melalui simulasi yang menyeronokkan dan praktikal.

Bengkel ini memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka dunia teknologi dengan lebih luas, selain menggalakkan kemahiran berfikir secara logik, menyelesaikan masalah dan menerapkan pemikiran komputasional dalam projek mini yang dibangunkan sepanjang sesi. Ia merupakan langkah penting dalam menyediakan pelajar untuk masa depan digital yang lebih kompetitif dan inovatif.

Gambar di sini