mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Tiny Techies – Bengkel HTML , PYTHON & SQL (Program Mentor Tiny Techies – Sesi 4)

Tarikh   : 17 Mei 2025

Masa    : 2.30 – 4.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Sepanjang sesi ini, peserta diperkenalkan kepada asas pembangunan web menggunakan HTML, logik pengaturcaraan menerusi Python, serta pengurusan data menggunakan SQL. Pendekatan pembelajaran secara hands-on dan interaktif telah membantu peserta memahami konsep teknikal dengan lebih jelas dan menyeronokkan.

Aktiviti

NADI X Tiny Techies – Bengkel HTML, Python & SQL (Program Mentor Tiny Techies – Sesi 4) telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan aktif daripada peserta muda yang berminat dalam bidang pengaturcaraan dan teknologi digital. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Dr. Zulfakri, Pensyarah Kanan Pengajian Kejuruteraan Elektrik dari Kolej Pengajian Kejuruteraan, yang berkongsi ilmu dan pengalaman beliau dalam bidang teknologi dan pengaturcaraan.

Program ini bukan sahaja memperkukuh asas kemahiran digital peserta, malah turut memberi inspirasi kepada mereka untuk meneroka lebih jauh dalam bidang STEM. Diharapkan pendedahan awal seperti ini dapat mencetuskan minat dan semangat dalam kalangan generasi muda untuk menjadi pencipta teknologi masa hadapan.

Gambar di sini