mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Tiny Techies – Bengkel HTML , PYTHON & SQL (Program Mentor Tiny Techies – Sesi 5)

Tarikh   : 24 Mei 2025

Masa    : 2.30 – 4.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Tujuan utama program ini adalah untuk memupuk minat dan kefahaman awal dalam kalangan pelajar terhadap bidang teknologi digital, selaras dengan keperluan kemahiran masa depan.

Aktiviti

Program MENTOR Tiny Techies Sekolah Menengah Siri 5 Negeri Kedah telah berlangsung dengan jayanya, melibatkan penyertaan pelajar sekolah menengah terpilih dari seluruh NADI di negeri ini. Bengkel ini dikendalikan oleh Dr. Zulfakri Bin Mohamad, Pensyarah Kanan Pengajian Kejuruteraan Elektrik, Kolej Pengajian Kejuruteraan Kedah (UiTM), yang telah berkongsi ilmu serta bimbingan dalam bidang digital dan pengaturcaraan, khususnya pengenalan kepada bahasa pengaturcaraan Python dan asas SQL. Setiap NADI diwakili oleh dua orang peserta terpilih, menjadikan bengkel ini sebagai platform berprestij untuk mengetengahkan potensi dan bakat muda dalam dunia pengaturcaraan. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi asas kukuh kepada pelajar untuk terus maju dalam bidang teknologi dan inovasi digital.

Gambar di sini