mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Tiny Techies – Bengkel IoT Inovasi Sesi 2 (Sekolah Menengah)

Tarikh   : 11 Oktober 2025

Masa    : 11.00 am – 12.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Telah dilaksanakan dengan objektif untuk memperkukuh pemahaman pelajar terhadap asas Internet of Things (IoT) melalui aktiviti pembelajaran berasaskan projek. Program ini turut bertujuan memberi pendedahan kepada konsep Digital Input dan Output dalam sistem elektronik serta penerapannya dalam projek berteknologi pintar.

Aktiviti

Sesi dimulakan dengan imbas kembali pembelajaran sesi sebelumnya berkaitan pemasangan perisian Thonny IDE sebelum peserta diperkenalkan kepada konsep asas Digital Input dan Output. Bengkel diteruskan dengan demonstrasi pemasangan serta pengaturcaraan projek Lampu Isyarat Trafik (Output Digital) bagi menunjukkan bagaimana komponen berinteraksi melalui isyarat digital.

Antara komponen yang digunakan dalam sesi ini termasuk ESP32 Plus Development Board, module lampu isyarat, wayar Dupont, dan breadboard. Melalui aktiviti ini, pelajar berpeluang menggabungkan teori dan amalan secara langsung, seterusnya meningkatkan kemahiran teknikal dan pemikiran logik dalam bidang teknologi dan pengaturcaraan.

Gambar di sini