Tarikh : 22 November 2025
Masa : 11.30 am – 12.30 tengah hari
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Bertujuan untuk memberi pendedahan hands-on kepada pelajar tentang penggunaan sensor dalam dunia sebenar, membina kefahaman terhadap teknologi IoT asas, dan mengasah kemahiran mereka dalam membangunkan sistem automasi yang praktikal dan inovatif.
Aktiviti
Dalam sesi ini, pelajar mempelajari penggunaan Sensor Ultrasonik melalui penerangan dalam Slaid 31 hingga 34, yang merangkumi cara sensor mengukur jarak, prinsip pantulan gelombang, serta cara mengaplikasikannya dalam projek automasi. Pelajar turut melaksanakan Projek 4: Palang Automatik, iaitu sistem yang membuka dan menutup palang secara automatik apabila objek atau kenderaan dikesan pada jarak tertentu.