mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Tiny Techies – Bengkel Mahir Tiny Techies Sekolah Menengah

Tarikh   : 27 September 2025

Masa    : 11.30 pagi – 12.30 tengah hari

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai asas pengaturcaraan menggunakan Thonny (Python IDE for beginners) serta memahami fungsi kit seperti papan prototaip.

Aktiviti

Melalui bengkel ini, pelajar diperkenalkan kepada konsep asas pengaturcaraan dengan cara yang mudah difahami, mesra pemula, dan sesuai untuk peringkat sekolah menengah. Kelebihan yang diperoleh daripada bengkel ini adalah peserta dapat memahami gambaran awal tentang bagaimana pengaturcaraan berfungsi dan bagaimana kit digunakan dalam projek robotik atau elektronik pada masa hadapan. Pendedahan ini membantu meningkatkan minat pelajar dalam bidang STEM dan memberi keyakinan untuk terus mendalami ilmu digital di peringkat seterusnya.

Gambar di sini