Tarikh : 27 September 2025
Masa : 10.00 – 11.00 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah
Tujuan
Objektif utama untuk memupuk minat pelajar sekolah rendah terhadap bidang teknologi dan inovasi sejak di bangku sekolah. Program ini juga bertujuan memberi pendedahan awal kepada generasi muda tentang asas dunia digital dan kepentingannya dalam kehidupan seharian.
Aktiviti
Sepanjang bengkel ini, para peserta diajar cara memasang dan mengendalikan robot yang dibekalkan pada setiap NADI. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah membantu pelajar mengasah kemahiran berfikir secara kreatif, kritikal serta meningkatkan daya tumpuan dan keyakinan diri.
Program ini menjadi salah satu usaha berterusan NADI dalam memperkukuh literasi teknologi di peringkat akar umbi. Semoga pendedahan awal ini dapat menyemai minat berterusan dalam kalangan pelajar untuk meneroka bidang teknologi dan inovasi pada masa hadapan.