mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Tiny Techies – Bengkel Micro:bit & Robotik (Program Mentor Tiny Techies – Sesi 5)

Tarikh   : 24 Mei 2025

Masa    : 2.30 – 4.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Objektif utama program ini adalah untuk memupuk minat pelajar sekolah rendah terhadap teknologi sejak awal, sekali gus membuka ruang kepada penerokaan awal dalam bidang STEM.

Aktiviti

Program MENTOR Tiny Techies Sekolah Rendah Siri 5 Negeri Kedah telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat dan keterujaan daripada peserta cilik yang terlibat. Bengkel khas ini dikendalikan oleh Dr. Rosalena, Pensyarah Kanan Pengajian Kejuruteraan Elektrik, Kolej Pengajian Kejuruteraan Kedah (UiTM), yang telah berkongsi ilmu serta pengalaman berharga dalam bidang robotik dan pengaturcaraan. Setiap NADI diwakili oleh dua orang peserta terpilih, menjadikan bengkel ini sebagai platform yang eksklusif dan berimpak tinggi. Diharapkan pendedahan awal ini dapat menjadi pencetus semangat untuk melahirkan generasi muda yang celik teknologi, inovatif serta bersedia menyahut cabaran dunia digital masa hadapan.

Gambar di sini