Tarikh : 19-21 Ogos 2025
Masa : 8.00 am – 5.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Program ini bertujuan melahirkan generasi muda yang celik teknologi serta mampu menguasai kemahiran digital dan robotik sejak di bangku sekolah. Melalui pendedahan ini, peserta bukan sahaja dapat mempelajari asas teknologi dan inovasi, tetapi juga membina semangat kerjasama, daya saing, dan kemahiran menyelesaikan masalah secara kreatif.
Aktiviti
Boothcamp selama tiga hari ini menampilkan pelbagai pengisian menarik — hari pertama diisi dengan sesi pengenalan, hari kedua dengan latihan dan persediaan pertandingan, manakala hari ketiga merupakan kemuncak acara iaitu sesi pertandingan. Dua kategori utama dipertandingkan iaitu Pertandingan Robot Sumo (Sekolah Rendah) dan Pertandingan Inovasi (Sekolah Menengah) yang melibatkan penyertaan dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah diadakan di UiTM Cawangan Pulau Pinang, dan dirasmikan oleh Rektor UiTM Pulau Pinang, Prof. Dato’ Ir. Dr. Haji Ahmad Rashidy bin Razali, dengan kehadiran tetamu kehormat seperti Prof. Madya Dr. Kay Dora Abdul Ghani (Timbalan Rektor UiTM Pulau Pinang), En. Areehan Haji Abdullah (Pengarah Program Tiny Techies), En. Mohd Rashdi Hasan (Ketua Seksyen Kawal Selia SKMM Pulau Pinang), dan Dr. Wan Hazman Bin Wan Daud (Pengarah Eksekutif Yayasan Sukarelawan Siswa Malaysia).
Tahniah diucapkan kepada pasukan NADI Merbau Pulas yang berjaya merangkul gelaran Juara Negeri Kedah bagi Pertandingan Robot Sumo dan akan mewakili negeri Kedah ke peringkat Kebangsaan.