Tarikh : 22 Disember 2025
Masa : 2.30 – 3.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektif program ini adalah untuk memperkukuh kefahaman pelajar sekolah menengah terhadap asas pangkalan data dan penggunaan Structured Query Language (SQL) sebagai kemahiran penting dalam bidang teknologi maklumat.
Aktiviti
Program ini dirangka bagi membimbing pelajar memahami konsep pengurusan data melalui pembelajaran kendiri berasaskan video yang disediakan dalam modul Python, HTML dan SQL (SMK), sebelum menguji kefahaman mereka melalui aktiviti kuiz secara berperingkat. Pendekatan ini bertujuan membina asas kemahiran teknikal, meningkatkan daya pemikiran logik serta menyokong pembelajaran digital yang lebih berkesan.