Tarikh : 07 Februari 2026
Masa : 2.00 – 3.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Objektifnya adalah untuk mengukuhkan kefahaman asas pengaturcaraan dan robotik dalam kalangan peserta melalui program ini.
Aktiviti
Program ini juga telah dilaksanakan dengan pengisian berfokus kepada pembelajaran cara menghasilkan atur cara menggunakan MakeCode serta penyediaan kuiz berpandukan booklet sebagai bahan rujukan. Sepanjang sesi, peserta dibimbing melalui penerangan langkah demi langkah, latihan praktikal dan aktiviti ulang kaji bagi membantu pengukuhan pemahaman konsep. Melalui program ini, peserta dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara logik, membina keyakinan dalam pengaturcaraan asas, serta mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam aktiviti robotik secara lebih berkesan.