Tarikh : 07 & 08 Oktober 2025
Masa : 8.00 am – 4.30 pm
Tempat : UTM Residence KL
Peserta : Peserta Sekolah Rendah
Tujuan
NADI X Tiny Techies – Pertandingan Tiny Techies Peringkat Kebangsaan 2025 telah menghimpunkan juara dari setiap negeri bagi dua kategori utama iaitu Pertandingan Robot Sumo (Sekolah Rendah) dan Pertandingan Inovasi (Sekolah Menengah). Pertandingan ini menjadi platform untuk mencungkil bakat muda dalam bidang teknologi, inovasi dan kejuruteraan di seluruh negara.
Aktiviti
NADI Merbau Pulas telah mewakili Negeri Kedah bagi Kategori Sekolah Rendah dalam Pertandingan Robot Sumo. Walaupun tidak berjaya meraih kemenangan di peringkat kebangsaan kali ini, penyertaan ini menjadi titik permulaan yang bermakna buat kedua-dua peserta yang telah melangkah jauh hingga ke peringkat tertinggi pertandingan.
Tahniah diucapkan kepada Muhammad Syahmi Bin Suhaire dari SK Merbau Pulas dan Annur Qaireen Athlia dari SK Seri Jemerli atas semangat, usaha dan pencapaian cemerlang mereka yang berjaya mengharumkan nama NADI Merbau Pulas di peringkat kebangsaan.