Tarikh : 08 Ogos 2025
Masa : 4.30 – 5.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan awal tentang konsep asas IoT serta potensi inovasi dalam dunia digital masa kini, melalui pengenalan kit Tiny Techies yang ringkas namun berimpak besar dalam pembelajaran STEM.
Aktiviti
Sepanjang bengkel, peserta diperkenalkan kepada komponen asas kit serta peranan IoT dalam kehidupan harian, selain mendapat gambaran bagaimana teknologi ini boleh dimanfaatkan untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar. Walaupun sesi berlangsung secara dalam talian, penyampaian yang jelas dan interaktif telah membantu peserta memahami konsep dengan lebih mudah dan menarik.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan minat dan komitmen sepanjang bengkel berlangsung