Tarikh : 08 Ogos 2025
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada dunia robotik melalui sesi pengenalan kit Tiny Techies, sekaligus menyemai minat terhadap teknologi dan inovasi dalam kalangan peserta muda.
Aktiviti
Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada fungsi asas dan potensi penggunaan kit Tiny Techies dalam pembelajaran robotik dengan bimbingan daripada fasilitator berpengalaman. Walaupun secara dalam talian, sesi tetap berlangsung dengan interaktif dan mudah difahami, memberi manfaat kepada peserta dalam bentuk pengetahuan asas serta membina keyakinan untuk meneroka bidang STEM pada masa akan datang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini, khususnya peserta cilik yang begitu bersemangat.