Tarikh : 22 Februari 2025
Masa : 10.00 am – 12.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Workshop Tiny Techies – Robotic telah berlangsung dengan penuh semangat bersama pelajar sekolah rendah. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas robotik serta peranan teknologi ini dalam kehidupan seharian.
Aktiviti
Walaupun sesi ini berbentuk taklimat tanpa aktiviti amali, peserta tetap menunjukkan minat yang tinggi dalam memahami bagaimana robot berfungsi serta aplikasinya dalam pelbagai industri. Mereka berpeluang mendengar penerangan mengenai konsep asas robotik, komponen utama yang digunakan dalam pembinaan robot, serta kepentingan teknologi ini dalam dunia moden.
Diharapkan ilmu yang diperoleh dalam sesi ini menjadi langkah pertama bagi peserta untuk terus meneroka dunia robotik dan inovasi. Semoga program seperti ini dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk mengembangkan minat dalam bidang STEM. Terima kasih kepada semua yang telah menyertai!