Tarikh : 09 November 2024
Masa : 8.30 am – 4.30 pm
Tempat : Hotel Seri Baling Inn
Peserta : Usahawan
Tujuan
Tujuan utama Sesi Latihan Keusahawanan – Business 101 ini adalah untuk memberikan latihan asas keusahawanan yang direka khusus untuk memperkasakan para peserta dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang perniagaan. Sesi ini juga bertujuan untuk menjadi pengenalan kepada program NADI x Usahawan, yang memberikan pendedahan lebih mendalam mengenai cara untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan, serta menyediakan peserta dengan alat dan sumber yang diperlukan untuk berjaya dalam dunia keusahawanan.
Aktiviti
Antara agenda dan pengisian siri jelajah ini ialah Asas Perniagaan, Kewangan, Operasi Perniagaan, Pemasaran, Taklimat Paynet dan lain-lain lagi. Impak positif yang diperolehi dari siri jelajah ini ialah peserta akan memperoleh pengetahuan asas yang menyeluruh tentang perniagaan, dari perancangan hingga kepada pemasaran dan pengurusan kewangan. Peserta akan lebih bersedia untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka dengan sokongan dan kemahiran yang diperoleh melalui sesi ini. Dengan taklimat dari Paynet dan wakil bank, peserta akan tahu bagaimana untuk memanfaatkan kemudahan pembayaran digital dan mendapat sokongan daripada institusi kewangan untuk menjalankan perniagaan mereka. Konkluksinya, diharap Business 101 ini memberi manfaat besar kepada semua peserta dalam membina asas keusahawanan yang kukuh. Dengan ilmu yang diperoleh, peserta akan lebih yakin untuk melangkah ke dunia keusahawanan dan menghadapi cabaran yang ada.