Tarikh : 17 April 2025
Masa : 10.00 am – 12.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas (Live dari Studio NADI Mahir)
Peserta : Wanita
Tujuan
Tujuan utama webinar ini adalah untuk membantu usahawan memahami strategi pemasaran yang efektif serta bagaimana mengurus operasi harian perniagaan secara sistematik dan efisien.
Aktiviti
Telah dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai aspek penting dalam mengurus dan mengembangkan perniagaan, khususnya dari sudut pemasaran dan operasi. Sepanjang sesi, peserta mempelajari teknik pemasaran digital, pengurusan inventori, serta kepentingan aliran kerja yang teratur dalam memastikan kelangsungan dan pertumbuhan perniagaan. Webinar ini turut menjadi platform untuk peserta berkongsi pengalaman dan mendapatkan pandangan daripada tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang keusahawanan. Diharapkan, dengan pengetahuan yang diperoleh, usahawan dapat mempraktikkan ilmu yang diajar dalam mengembangkan jenama serta meningkatkan kecekapan operasi perniagaan masing-masing.