Tarikh : 24 Jun 2025
Masa : 9.45 – 11.15am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Slot ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada peserta tentang kepentingan memahami pasaran sasaran sebelum memulakan atau mengembangkan perniagaan.
Aktiviti
Dalam sesi ini, peserta didedahkan kepada kaedah mengenal pasti keperluan pelanggan, menganalisis pesaing, dan menilai trend pasaran semasa. Pengetahuan ini amat penting bagi memastikan setiap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan benar-benar relevan dan mempunyai permintaan. Perkongsian daripada penceramah membuka mata peserta tentang bagaimana penyelidikan pasaran yang berkesan mampu memacu perniagaan ke arah kejayaan.