Tarikh : 17 Jun 2025
Masa : 2.45 – 4.15pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif utama sesi ini adalah untuk membimbing peserta membina asas yang kukuh dalam merancang hala tuju perniagaan, termasuk mengenal pasti visi, sasaran pelanggan, struktur kos, dan strategi pertumbuhan yang realistik.
Aktiviti
Slot 2 NADI X Usahawan – Usahawan Edisi Ekspres menampilkan perkongsian padat daripada Tengku Ismith Tengku Ilham yang mengupas topik Perancangan Perniagaan satu aspek penting yang sering diabaikan oleh usahawan mikro dan kecil.
Melalui pendekatan yang mudah difahami dan relevan dengan realiti usahawan tempatan, peserta mendapat pencerahan tentang kepentingan dokumen rancangan perniagaan serta bagaimana ia boleh membantu menarik pelabur, mengurus risiko, dan menyusun strategi jangka panjang. Kelebihan program ini turut diserlahkan melalui fleksibiliti akses peserta boleh menonton semula sesi dalam bentuk video dan podcast pada bila-bila masa selepas sesi berakhir.