Tarikh : 16 Mei 2025
Masa : 10.00 – 11.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Usahawan
Tujuan
Tujuan utama webinar ini adalah untuk membantu para usahawan memahami asas pengurusan kewangan yang kukuh serta menyusun pelan perniagaan yang mampan bagi memastikan kelangsungan dan pertumbuhan perniagaan jangka panjang.
Aktiviti
Telah dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai aspek penting dalam mengurus kewangan dan merancang perniagaan secara lebih strategik dan terancang. Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada topik seperti penyediaan bajet, pengurusan aliran tunai, unjuran kewangan serta elemen penting dalam membangunkan pelan perniagaan yang berkesan. Webinar ini turut menjadi medan perkongsian ilmu dan pengalaman antara peserta dan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang keusahawanan. Diharapkan, ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam usaha memperkukuh struktur kewangan dan arah tuju perniagaan setiap peserta.