Tarikh : 22 November 2024
Masa : 10.00 am – 12.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Diadakan bertujuan untuk memberikan perhatian kepada kesejahteraan fizikal dan mental para pemain e-Sukan, khususnya mereka yang terlibat dalam Mobile Legends dan mewakili NADI. Selain mengasah kemahiran bermain permainan video, penting untuk pemain ini menjaga kesihatan mereka secara menyeluruh bagi memastikan prestasi mereka sentiasa berada pada tahap terbaik.
Aktiviti
Program ini memberi peluang kepada peserta untuk menjalani pemeriksaan kesihatan asas seperti pemeriksaan tekanan darah, gula dalam darah, dan Indeks Jisim Badan (BMI), serta memperoleh nasihat kesihatan untuk meningkatkan gaya hidup sihat. Pemeriksaan kesihatan secara berkala membolehkan pemain Mobile Legends memahami keadaan kesihatan mereka dengan lebih baik dan mengambil langkah pencegahan awal jika diperlukan. Selain itu, ini juga meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan diri di kalangan pemain muda yang terdedah kepada gaya hidup sedentari. Program ini bukan sahaja memberi manfaat kesihatan fizikal tetapi juga mendidik peserta mengenai pentingnya kesejahteraan mental dan fizikal dalam mencapai kejayaan dalam karier e-Sukan.