mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Wellbeing : (CARE) Podcast Asyik Lupa, Mudah Emosi – Drama Queen ke Pemalas ke ADHD Sebenarnya? | Dr. Zasmani Shafiee, Pakar Psikiatri Kanak-Kanak & Remaja

Tarikh   : 10 Julai 2025

Masa    : 2.30-3.00pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Objektif utama podcast ini adalah untuk membongkar realiti sebenar ADHD dalam kalangan perempuan, satu isu yang sering tidak disedari dan disalah anggap.

Aktiviti

Ramai tidak tahu bahawa simptom ADHD dalam perempuan boleh kelihatan berbeza berbanding lelaki, dan sering dilabel sebagai ‘manja’, ‘malas’, atau ‘drama’. Sesi ini membuka mata ramai pihak tentang bagaimana gadis dan wanita sebenarnya bergelut secara senyap, dari zaman sekolah hinggalah ke alam pekerjaan, tanpa mendapat sokongan yang sepatutnya. Para pendengar mendapat pencerahan mengenai tanda-tanda yang perlu diperhatikan, kepentingan diagnosis awal, serta langkah-langkah sokongan yang boleh diambil oleh keluarga, guru dan masyarakat.

Gambar di sini