Tarikh : 13 November 2025
Masa : 12.30 – 1.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Podcast ini bertujuan meningkatkan kesedaran awam tentang kesihatan reproduktif wanita, khususnya berkaitan cyst ovari yang sering dianggap remeh sehingga boleh membawa kepada komplikasi serius.
Aktiviti
Melalui perkongsian pengalaman sebenar, program ini memberi ruang kepada pendengar memahami realiti emosi, fizikal dan sosial yang dialami oleh pesakit. Dalam episod ini, tetamu jemputan berkongsi kisah peribadinya bermula daripada gejala awal yang sering diabaikan, detik sukar menerima berita bahawa ovari kanannya perlu dibuang, kesan terhadap tubuh dan kesuburan, sehinggalah tekanan stigma sekeliling. Beliau turut menceritakan bagaimana dirinya bangkit semula dengan lebih kuat melalui sokongan, pengetahuan dan semangat dalaman.